Isnin, 24 November 2014

Kitab Al-Umm Imam Muhammad bin Idris as-Syafie

Kitab Mukhtasar Al-Umm Imam Muhammad bin Idris as-Syafie rah.
Hanya RM180 termasuk harga pos.
Boleh Sms/Wa 0112-8618581


Ahad, 23 November 2014

Telekung Solat Flora

Kain jenis cotton. Sejuk dan tak panas. Ada 5 versi saiz (free saiz)
Boleh hubungi +60 0112 861 8581


Khamis, 10 Julai 2014

Feqh Seputar Ramadhan

Imam Syafei berkata :

"Apabila seseorang melihat (sesuatu yg merangsang) kemudian ia inzal (keluar air mani) tanpa adanya sentuhan dan kenikmatan, maka puasanya tetap sah dan ia tidak wajib membayar kifarah, kerana tidak ada kifarah kecuali bagi org yang berjimak di siang hari"

(Kitab al-Umm Oleh Imam Abu Abdillah Muhammad bin Idris bin Abbas as-Syafei, Bab Hal-Hal yg Membatalkan Puasa Tentang Sahur Dan Perbezaan Pendapat Dalam Hal Ini)

Rabu, 9 Julai 2014

Solat Dengan Mengadap Sutrah

Larangan Solat Tanpa Menghadap Sutrah (pembatas/penghadang)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah kamu solat melainkan dengan menghadap sutrah dan jangan biarkan seorangpun melintas di hadapanmu (di antara dirinya dengan sutrah). Apabila orang tersebut tetap berkeras untuk melintas, maka halanglah dia kerana dia ditemani syaitan.” (Shahih Muslim, no. 506. Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 800)

Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H) meletakkan hadis ini dalam bab: “Larangan Solat Tanpa Menghadap Sutrah.”

Larangan Melintas Di Hadapan Orang Solat

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ» قَالَ أَبُو النَّضْرِ: لاَ أَدْرِي، أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، أَوْ شَهْرًا، أَوْ سَنَةً

“Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat mengetahui apa akibat yang akan ia tanggung, nescaya ia berdiri selama empat puluh lebih baik baginya daripada dia melintas di hadapan orang yang sedang solat.”

Abu an-Nadhr (salah seorang perawi hadis ini) berkata, “Aku tidak tahu yang dimaksudkan dengan jumlah “empat puluh” tersebut, adakah empat puluh hari, atau bulan, atau tahun.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 510. Muslim, no. 507)

Ibnu Khuzaimah turut meriwayatkan hadis ini dan meletakkannya dalam bab:

التغليظ في المرور بين المصلي والدليل على أن الوقوف مدة طويلة انتظار سلام المصلي خير من المرور بين يدي المصلي

“Ancaman keras melintas di hadapan orang yang sedang solat, dan merupakan dalil berdiri lama menunggu ucapan salam seseorang yang sedang solat itu lebih baik daripada melintas di hadapannya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/14)



Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

معناه لو يعلم ما عليه من الإثم لاختار الوقوف أربعين على ارتكاب ذلك الإثم ومعنى الحديث النهي الأكيد والوعيد الشديد في ذلك

“Makna hadis ini, sekiranya ia mengetahui betapa besarnya dosa dari perbuatan tersebut, pasti dia akan memilih untuk berhenti selama empat puluh dari perlu menanggung dosa akibat perbuatan tersebut. Jadi, hadis ini adalah larangan yang cukup keras dan ancaman yang berat sebagai akibat perbuatan melintas di hadapan orang solat.” (Syarah Shahih Muslim, 4/225)
Apa itu sutrah?

Sutrah adalah suatu objek setinggi kira-kira 1 pelana haiwan tunggangan yang diletakkan di hadapan orang yang solat sebagai penghadang atau pembatas. Jarak meletakkannya adalah kira-kira 3 hasta (3 kaki) di hadapan dari tempat berdiri (bagi yang bersolat tersebut). Atau 1 hasta (1 kaki) di hadapan dari tempat bersujud. (Aashlu Shifati Sholatin Nabi, 1/114 – al-Maktabah al-Ma’arif)

Selain merupakan suatu sunnah, ini turut bertujuan sebagai pembatas atau penghadang agar kesempurnaan solat tidak terjejas apabila ada orang atau seumpamanya yang melalu-lintas di hadapan ketika sedang bersolat.

Sunnah ini berdalilkan dengan hadis yang banyak antaranya sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلِ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِ مَنْ مَرَّ وَرَاءَ ذَلِكَ

“Apabila salah seorang di antara kamu telah meletakkan sesuatu objek yang setinggi seperti pelana haiwan tunggangan di hadapannya (sebagai sutrah atau penghadang), maka solatlah dan jangan pedulikan siapa pun yang melintas di sebalik objek tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat, no. 241)

Tinggi pelana haiwan tunggangan dimaksudkan adalah sekira-kira 1 kaki lebih atau 40cm hingga 60cm.

Ini sebagaimana ditanya kepada ‘Atha’. Ibnu Juraij bertanya:

كم مؤخرة الرحل الذي سعل إنه يستر المصلي؟ قال: قدر ذراع

“Berapa tinggi pelana haiwan tunggangan yang dijadikan sutrah untuk solat?” ‘Atha’ jawab, “Sekira-kira satu hasta.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, no. 807)