Isnin, 28 Oktober 2013

Pendirian Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab Terhadap Kerajaan Uthmaniah

Tuduhan Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab keluar daripada kerajaan Uthmaniah.

Jawapan

1. Pendirian Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab terhadap imam-imam (khalifah) muslimin :

Semua umat Islam wajib patuh kepada imam muslimin selagi mereka tidak menyuruh kepada perbuatan mungkar dan maksiat kepada Allah. Umat Islam mestilah meredhai dan membai'ah imam atau khalifah itu. Haram bagi umat Islam keluar atau engkar kepada imam atau khalifah - Rujuk : al-Durar al-Saniyyah jilid 1 m/s 33.

Beliau juga berkata didalam usul yang ketiga :
"Masyarakat sempurna ialah yang sentiasa mendengar dan patuh kepada arahan amir (imam atau khalifah) sekalipun amir itu seorang hamba habsyi - Rujuk : al-Durar al-Saniyyah jilid 1 m/s 394.

2. Benarkah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab keluar dari pemerintahan Uthmaniah?

Dr Nasir al-'Aqal berkata :

"Al-Amir Saud bin Abdul Aziz telah membuka Makkah pada tahun 1218H dengan aman tanpa sebarang peperangan dan pertumpahan darah kerana pembukaan itu telah dipersetujui oleh penguasa Makkah ketika itu iaitu al-Syarif Abdul Muin.

Amir Saud telah menghantar surat kepada Sultan Salim (Khalifah Uthmaniah) untuk menceritakan langkah yang telah diambil oleh beliau dalam memerangi dan memusnahkan berhala-berhala, memansuhkan semua bentuk cukai, menyebarkan tauhid, sunnah, keadilan dan keamanan. Beliau telah mengiktiraf dengan memuliakan Salim dengan panggilan al-Sultan dalam surat tersebut.

Selepas kematian Amir Saud bin Abdul Aziz, pemerintahan diserahkan kepada anaknya Abdullah bin Saud. Selepas dilantik, al-Syarif Abdullah bin Sa'ud memberikan wala'(ketaatan) kepada Sultan Uthmaniah.

Begitu juga ketika pemerintahan Saudi berpindah kepada al-Malik Abdul Aziz bin Abdul Rahman al-Sa'ud dan seterusnya. Ini terbukti dalam surat beliau kepada Sultan Abdul Hamid bertarikh 1/9/1322H".

Hujah-hujah diatas dengan jelas menafikan kesemua tohmahan yang mengatakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempengaruhi pemerintah Saudi untuk keluar daripada pemerintahan Uthmaniah - Rujuk : Islamiah La Wahhabiah m/s 300-301.


Sumber : Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab Antara Fakta & Palsu m/s 71-73

1 ulasan:

  1. sangat besar sekali jasa buat mempertahankan agama kita ya ,,
    semoga pengetahuan sejarah ini bermanfaat amin
    wassalamualaikum : http://tanjungherbal.com/gnt-fiber/

    BalasPadam