Sabtu, 31 Disember 2011

Adakah Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah Adalah Rafidhah?



Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata "Aku bertanya ayahku (Imam Ahmad), Siapakah Rafidhah? Beliau menjawab "Orang yang memaki hamun Abu Bakar dan Omar ra". (As-Sharimu al-Maslul 'ala Syatimi ar-Rasul, hal. 567)

Rafidhah adalah satu golongan pelampau yang menganut fahaman-fahaman yang bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam. Diantara fahaman dan ajaran mereka ialah:-

1. Al-Quran yang ada hari ini ialah al-Quran yang sudah ditokok tambah dan diselewengkan.

2. Sahabat-sahabat Rasulullah saw telah murtad sepeninggalan Baginda saw.

3. Hadis-hadis yang boleh diterima hanyalah hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Imam-Imam Ahlul Bait menurut saluran mereka sahaja. Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh kebanyakan Sahabat termasuk isteri-isteri Rasulullah saw adalah tertolak kerana mereka telah murtad selepas kewafatan Rasulullah saw dan kerana mereka telah banyak mencipta hadis-hadis palsu.

4. Raj'ah iaitu kepercayaan bahawa Imam-Imam akan dihidupkan semula sebelum qiamat untuk menghukum orang-orang yang telah merampas hak-hak mereka (Ahlul bait) dan telah menganiayai mereka termasuk saidina Abu Bakar, Omar, Osman, Aisyah, Muawiyyah dan lain-lain sahabat.

5. Imamah atau walayah iaitu kepercayaan bahawa Imam-Imam dilantik dan ditentukan oleh Allah swt. Imamah adalah salah satu rukun Iman, sesiapa yang tidak percaya kepada rukun ini tidaklah ia termasuk ke dalam golongan orang-orang mukmin.

6. Ismah iaitu kepercayaan bahawa semua Imam adalah maksum (terpelihara daripada dosa-dosa sama ada besar atau kecil). Imam-imam itu juga tidak bersalah atau tersilap didalam tindak tanduknya.

7. Al-Baraa'ah atau Tabarri iaitu kepercayaan berlepas diri dan memutuskan hubungan kasih sayang dengan semua khalifah-khalifah senelum Ali ra iaitu Abu Bakar, Omar dan Osman ra.

8. Ghaibah iaitu kepercayaan tentang adanya Imam yang lenyap dan akan kembali ke dunia setelah dunia ini dipenuhi oleh kezaliman dan kekacauan dengan membawa keadilan pemerintahannya.

9. Taqiyyah iaitu kepercayaan menyembunyikan fahaman yang sebenarnya dan melahirkan yang lain daripada apa yang ada didalam hati. Taqiyyah juga merupakan satu ciri keimanan bagi orang-orang Syiah.

10. Mut'ah (kahwin Kontrak) dan lain-lain kepercayaan dan fahaman yang sama sekali tidak ada kena mengenanya dengan agama Islam.

Lantaran kepercayaan mereka yang menyeleweng dan tersasul begitu jauh sekali dari ajaran Islam yang sebenarnya maka kita dapati ulama'-ulama' Islam sejak dahulu hingga sekarang menentang sekeras-kerasnya segala ajaran dan fahaman yang dibawa oleh mereka. Ulama' Islam telah menggambarkan golongan Rafidhah ini dengan seburuk-buruk gambaran malah telah mengeluarkan mereka dari agama Islam yang suci murni.

Sumber : Syiah Rafidhah Diantara Kecuaian Ulama' dan Kebingungan Ummah oleh Muhammad Asri Yusoff halamam 17-18.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan