Isnin, 31 Oktober 2011

Hadis : Larangan Memburuk-Burukkan Para Sahabat r.a.



Uwaim Bin Saidah al-Ansari ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda "Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta'ala telah memilihku (sebagai Nabi) dan telah memilih sahabat-sahabat untukku. Diantara mereka ada yang telah dijadikan oleh-Nya sebagai pembantu, pembela dan sebagai mertuaku. Sesiapa yang memburuk-burukkan mereka, ia akan dilaknat oleh Allah, para malaikat dan manusia semuanya. Tidak akan diterima darinya pada hari Kiamat nanti ibadat sunat dan fardhu"

(Riwayat al-Hakim, al-Mustadrak jilid 3 hal. 632) Al-Hakim dan Imam Zahabi mengatakan hadis ini sahih.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Syiah @ Rafidhah Dalam Hadis-Hadis Rasulullah s.a.w



1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ibnu Qutaibah, Ta'wilu Mukhtalifi al-Hadith, hal 56)

2. Diriwayatkan dari Zaid Bin Ali Zainal Abidin iaitu cucunda kepada Saidina Hussein dan bapa saudara Ja'far as-Sadiq, bahawa ketika Syiah mengemukakan kepadanya syarat sokongan mereka terhadap beliau, iaitu "Jika engkau berlepas diri daripada Abu Bakar dan Omar maka kami akan menyokong engkau tetapi jika engkau tidak berlepas diri daripadanya maka kami akan menolak engkau". Mendengar syarat mereka itu, Imam Zaid lantas berkata "Allahu Akbar! Ayahku telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepada Ali ra "Sesungguhnya akan muncul satu golongan yang mendakwa cinta kepada kami. Mereka akan mempunyai gelaran-gelaran yang dapat dikenali melaluinya. Apabila kamu menemui mereka, bunuhlah mereka kerana mereka itu sebenarnya musyrikun" Kemudian Imam Zaid berkata "Pergilah kamu, kamu golongan Rafidhah (golongan yang dimaksudkan oleh Nabi kepada Saidina Ali dalam sabdanya itu)". (Nasywan al-Himyari, al-Huuru al-Ain, hal. 185)

3. Ali bin Abi Talib berkata "Rasulullah saw bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dipanggil Rafidhah. Mereka menolak Islam" (Ahmad, al-Musnad, j.1, hal.103)

4. Imam az-Zahabi telah mengemukakan satu riwayat daripada Saidina Ali sebagaimana dinukilkan oleh Ibnu Hajar al-Haithami bahawa Saidina Ali berkata Rasulullah saw bersabda "Akan muncul didalam umatku di akhir zaman nanti satu golongan yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam". Imam ad-Daraqutni mengemukakan hadis ini dengan sedikit tambahan iaitu Rasulullah saw berkata kepada Ali "Sekiranya kamu menemui mereka hendaklah kamu bunuh mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun. Ali berkata "Aku bertanya Rasulullah saw "Apakah tanda yang ada pada mereka? Baginda bersabda "Mereka terlalu memuji-muji engkau dengan sesuatu yang tidak ada pada engkau dan mereka memburuk-burukkan para Sahabat" (Imam Ibnu Hajar al-Haithami, as-Sawa'iqu al-Muhriqah, hal 102)

5. Imam al-Bukhari juga mengemukakan hadis ini didalam kitabnya yang bernama "at-Tarikhu al-kabir" dibawah biografi Ibrahim bin Hasan dengan lafaz "Akan muncul satu golongan, gelaran mereka ialah Rafidhah. Mereka menolak agama" (al-Bukhari, at-Tarikhu al-Kabir, j.1, hal 279-280). Syeikh Ahmad Muhammad Syakir membuat komentar selepas mengemukakan riwayat yang disebutkan oleh Bukhari tadi begini "Agaknya Bukhari tidak memandang hadis ini daif kerana beliau tidak mencacatkan seorangpun dari perawi-perawinya.

6. Diriwayatkan dari Ali bahawa Nabi saw bersabda "Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka nanti akan muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka membaca al-Quran tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka (tidak meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah. Sekiranya engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Ali al-Muttaqi, Kanzu al-Ummal, j.11 hal 324). Selain dari hadis ini, Ali al-Muttaqi telah mengemukakan 13 hadis yang lain berhubung dengan Rafidhah didalam kitab beliau yang tersebut dibawah tajuk "ar-Rafidhah Qabbabahum Allah" (Golongan Rafidhah-Semoga mereka dimurkai Allah)

7. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya "Pernah aku berada disamping Nabi saw bersamanya ada Ali. Nabi saw bersabda (kepada Ali)"Wahai Ali! Nanti akan muncul didalam umatku satu golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar Rafidhah. Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun" (Hafiz Nuruddin Ali bin Abu Bakr al-Haithami, Majma'u az-Zawaid wa Manba'u al-Fawaid, j.10 hal 22)

8. Hafiz Ibnu Hajar dalam "Ta'jilu al-Manfa'ah"(hal 14) juga mengemukaan hadis di atas dan beliau tidak menyebutkan sebarang kecacatan didalam sanad hadis tersebut (lihat Ta'liq dan Syarah al-Musnad oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, j.2 hal 806)

9. Imam ad-Daraqutni, Ibnu hajar al-haithami dan Imam Ibnu Taimiyyah juga telah mengemukakan hadis diatas dengan sedikit perbezaan pada lafaznya. Untuk itu lihat "as-Sawaa'iqu al-Muhriqah (hal 102) dan "as-Sharimu al-Maslul (hal 582-583)

Sumber : Syiah Rafidhah Diantara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah oleh Muhammad Asri Yusof halaman 36-39

Khamis, 27 Oktober 2011

Fatwa Mufti Libya dan Kuwait: Qaddafi Kafir Tak Boleh Dishalatkan


LIBIYA,(voa-islam.com) – setelah jatuhya kota Sirte ke tangan pejuang Libiya dan tewasnya diktator Muammar Qaddafi, ada yang merasa senang dan ada yang merasa sedih. Mereka yang merasa senang beralasan karena telah tewasnya penguasa diktator dan pendusta agama. Sedangkan mereka yang loyal menganggap Qaddafi sosok pemimpin arab yang gagah berani dan amat menentang amerika.

Namun ada Fatwa yang datang dari Mufti negri Omar Mukhtar bahwa tidak boleh secara Syara’ mensholatkan dictator Qaddafi. Ya, Syaikh Ash Shodiq Al-Ghuryani adalah seorang mufti agung Libiya menyampaikan pada hari ahad bahwa tidak boleh secara syara’ mensholatkan Qaddafi karena sebab yang syar’I yaitu karena kekufurannya yang jelas dan karena pengingkarannya terhadap Sunnah Nabawiyyah serta statusnya yang sama seperti orang yang dikenakan hukum hadd dan orang-orang fasik. Hal ini beliau sampaikan dihadapan media-media. “Ini (tidak disholatkan dimesjid kaum muslimin) biar menjadi teguran bagi para penguasa.Namun, boleh dikuburkan dipekuburan kaum muslimin dan dimandikan serta disholatkan oleh keluarganya saja” lanjut beliau.

...Namun ada Fatwa yang datang dari Mufti negri Omar Mukhtar bahwa tidak boleh secara Syara’ mensholatkan dictator Qaddafi.....
Beliau juga mewajibkan agar Qaddafi dikuburkan ditempat yang tidak diketahui orang Libiya agar tidak menjadi fitnah. Hal yang sama juga diungkapkan oleh ulama Kuwait., Syaikh Utsman Al Khumais, ketika ditanya bagaimana pendapat anda tentang Qaddafi, beliau menjawab:”aku condong dengan pendapat bahwa dia bukan muslim”.

Namun orang yang bertanya tidak terima dan bilang:”Anda mengatakan bahawa Qaddafi bukan muslim??” beliau menegaskan:”dia bukan muslim”. Beliau juga menyebutkan bahwa Qaddafi boleh dibunuh kalau menjadi tawanan dan tidak boleh berbelas kasih sama dia, karena dia kafir mujrim, membunuh warga Libiya, mengusir mereka dan merampas harta mereka.(usamah/dbs)

Sumber : http://www.voa-islam.com/news/islamic-world/2011/10/25/16490/mufti-libya-dan-kuwait-qaddafi-kafir-tak-boleh-dishalatkan/