Selasa, 18 Januari 2011

Surah al-Ahzab Ayat 33-Bahagian 1


Qutaibah menceritakan kepada kami, Muhammad bin Sulaiman bin Ashbahani menceritakan kepada kami dari Yahya bin Ubaid dari Atha’ bin Abi Rabah dari Omar bin Abu Salamah anak tiri Nabi saw berkata “Ketika ayat ini turun kepada Nabi saw iaitu (Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan dosa dari kamu hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya-Surah al-Ahzab : Ayat 33) dirumah Ummu Salamah, lalu beliau, Fatimah, Hasan, Husin, kemudian menutupi mereka dengan pakaian sedangkan Ali dibelakang punggung beliau, lalu menutupinya dengan pakaian lain kemudian beliau bersabda “Wahai Allah! Mereka ini adalah keluargaku maka hilangkan dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya”. Ummu Salamah berkata “Apakah aku termasuk mereka wahai Rasulullah?” Beliau bersabda “Kamu tetap pada tempatmu dan selalu dalam kebaikan”

Hadis ini adalah hadis Gharib, dari sanad ini dari hadisnya Atha’ dari Omar dari Abu Salamah.

(Sunan at-Tirmizi Jilid 5 hadis no. 3258)

2 ulasan:

  1. Aslkm sheikh. Apa pendapat anta ttg blog faisal tehrani yg terlalu mempromosikan syiah wpun beliau x mengaku syiah?

    BalasPadam
  2. W/salam warahmatullah... rasanya mamat tu taqiyyah je...

    BalasPadam