Jumaat, 14 Januari 2011

Kitab Al-Muraja'at (Dailog Sunnah-Syiah) Adalah Bukti Pembohongan Syiah


Abdul Hussein Syarafuddin al-Musawi telah menulis buku al-Muraja'at (Dailog Sunnah-Syiah). Didalamnya beliau memuatkan surat menyurat antara beliau dengan Syeikh al-Azhar, Syeikh Salim al-Bisyri. Didalam buku ini, Syeikh Salim al-Bisyri kelihatan sebagai pelajar yang sentiasa menunggu dan mengharapkan huraian dari seorang gurunya dan jika begitulah sebenarnya kedudukan Syeikh al-Azhar, maka alangkah malangnya Ahli Sunnah kerana Syeikh al-Azharnya pun begitu jahil.

Sebenarnya buku al-Muraja'at adalah sebuah buku yang direka oleh Abdul Hussein Syarafuddin al-Musawi untuk merendah-rendahkan ulama'-ulama' dari al-Azhar dan serentak dengan itu ia mahu memikat para pembaca dengan method penulisan buku tersebut. Syeikh Salim al-Bisyri mengemukakan soalan-soalan dan Syeikh al-Musawi menjawabnya. Begitulah soal jawab berlaku hingga ke akhir kitab. Satu persoalan yang timbul, kenapakah Syeikh al-Azhar tidak menjadi Syiah setelah dia berpuas hati disegi usul dan furu' Syiah itu?

Selain dari itu, pengarang kitab tersebut Abdul Hussein Syarafuddin al-Musawi mengakui bahawa beliau telah mengubah beberapa perkara dalam dailog asal yang berlaku antara mereka berdua dengan beberapa tambahan yang sesuai dengan keadaan dan keperluan. (Lihat mukaddimah kitab tersebut hal. 2,4 dan 5 edisi Arab dan hal. 1 dan 6 edisi Bahasa Indonesia) Tidak dapat dipastikan sebanyak manakah yang ditambah dan yang dianggap sebagai tambahan yang diperlukan itu!

Kitab ini juga ditulis 25 tahun selepas Syeikh Salim al-Bisyri meninggal dunia sebagaimana diakui oleh pengarangnya sendiri dalam kitab tersebut. Kenapakah kitab itu tidak diterbitkan semasa hayat Syeikh Salim al-Bisyri? Ada juga orang yang telah menyiasat tentang hakikat dailog yang termuat dalam kitab tersebut dengan bertanya kepada anak Syeikh Salim al-Bisyri. Beliau menjawab bahawa beliau tidak pernah mengenali Syeikh al-Musawi dan tidak pula ingat bahawa ayahnya pernah mengadakan hubungan dengan pengarang kitab tersebut atau berdailog dengannya.

Sumber : Syiah Rafidhah-Diantara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah Oleh Muhammad Asri Yusoff mukasurat 48-49

1 ulasan:

  1. Assalamo Alaikom. Alhamdu-Lillah, a new edition of my translation titled AL-‎MURAJA`AT: A SHI`I-SUNNI DIALOGUE is now in print. It has been published ‎by CreateSpace in the United States and is being marketed globally by Amazon ‎‎(www.amazon.com), so now you can order it ONLINE. It falls in 478 full-color pages ‎and is printed on the finest quality paper. ISBN-13: 978-1514751527 or ISBN-10: ‎‎1514751526.‎

    BalasPadam