Khamis, 13 Januari 2011

Kisah Osman ibn Affan Memerintahkan Sahabat-Sahabat Nabi Meninggalkan Beliau Ketika Peristiwa Pengepungan Puak Penentang


Pengepungan ke atas Osman ra berterusan dari Penghujung bulan Zulkaedah hingga hari Jumaat 18 Zulhijjah. Sehari sebelum pengepungan tersebut, Osman ra telah berkata kepada orang-orang yang berada bersamanya dalam sebuah rumah puak Muhajirin dan Ansar (mereka berjumlah hampir 700 orang).

Antara mereka yang hadir ialah Abdullah ibn Omar, Abdullah ibn al-Zubair, Hasan, Husin, Marwan, Abu Hurairah dan sekelompok orang-orang suruhannya. Kalau beliau mahu mereka meninggalkannya nescaya mereka enggan bahkan tidak mahu berganjak daripada kedudukan mereka.

Beliau berkata kepada mereka "Bersumpahlah kepada orang yang haknya wajib aku sempurnakan supaya ia menutup tangannya (tidak menentang) dan supaya ia bertolak pulang ke rumahnya!".

Pada waktu itu, sejumlah besar daripada tokoh-tokoh sahabat dan anak-anak lelaki mereka ada bersamanya. Osman ra berkata kepada seorang sahabat karibnya, "Sesiapa yang menyimpan pedang (disarungnya) maka orang itu bebas!".

Api pembunuhan Osman ra sejak didalam rumahnya adalah tenang tetapi keadaan diluarnya adalah sebaliknya. Keadaan sangat tegang dan menakutkan.

Mengapakah Osman ra tabah untuk menghadapi situasi yang bakal menimpanya. Ini adalah disebabkan beliau telah bermimpi yang menakjubkan bahawa ajal (kematiannya) semakin dekat. Beliau hanya menyerahkan kesemuanya ditangan Allah swt kerana semata-mata mengharapkan janjinya yang benar. Beliau turut berasa sangat rindu untuk menemui Rasulullah saw. Apa yang diharapkan olehnya ialah semoga dirinya menjadi anak Adam yang terbaik kerana sewaktu itu akan dibunuh, beliau sempat membacakan ayat yang berbunyi :-

"Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli Neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim" Surah al-Maidah ayat 29.

Menurut sebuah riwayat, orang terakhir yang keluar dari rumah Osman ra selepas para sahabatnya yang lain telah keluar ialah al-Hasan ibn Ali. Ketua tentera untuk menjaga ahli rumah tersebut ialah Abdullah ibn al-Zubair.

Sumber : al-Bidayah wa an-Nihayah Jilid 7 mukasurat 273-274 karangan Abu al-Fida' al-Hafiz Ismail ibn Kathir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan