Rabu, 1 Disember 2010

Hadis Tentang Muawiyah Bin Abu Sufian Iaitu Apabila Kamu Melihat Muawiyah Di Atas Mimbarku, Perangilah (Bunuhlah) Ia


Ibn Adiy mencatatkan sebuah hadis melalui jalan Ali ibn Zaid seorang perawi yang daif daripada Abu Nadrah daripada Abu Said, sementara itu Ibn Adiy turut mencatatkan sebuah hadis lagi melalui Mujalid dianggap daif daripada Abu al-Waddak daripada Abu Said juga, bahawa Rasulullah saw pernah bersabda “Apabila kamu melihat Muawiyah berdiri diatas mimbarku, perangilah (bunuhlah) ia”.

Ibn Adiy turut mencatatkan melalui al-Hakam ibn Zuhair dianggap matruk daripada Ashim daripada Zur daripada Ibn Mas’ud, secara marfu. Walaubagaimanapun hadis-hadis ini adalah palsu kerana sekiranya ia sahih, pasti para sahabat telah melakukannya. Tambahan pula mereka adalah jenis orang yang tidak takut akan celaan orang yang mencelanya.

Amru ibn Ubayd menyampaikan hadis ini daripada Hasan al-Basri. Lalu Ayyub pula berkata “Hadis diatas adalah palsu”. Cerita yang sama turut dicatatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi daripada senarai perawi yang tidak dikenali daripada Abu al-Zubair daripada Jabar secara marfu bahawa Rasulullah saw bersabda “Apabila kamu melihat Muawiyah berdiri diatas mimbar untuk berucap, bunuhlah ia kerana ia seorang yang amanah lagi terpelihara (daripada kejahatan)!” – Ucapan ini sepatutnya begini : Terimalah ucapannya dan bukan bunuhlah ia.

Sumber : al-Bidayah Wa an-Nahayah jilid 8 mukasurat 195 karangan Abu al Fida’ al-Hafiz Ismail ibn Kathir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan